Makluman
  1. CEMERLANG UPKK 2023
  2. MALAM BADAR SRIM 1445H/2024
  3. KEPUTUSAN UPKK 2023
  4. KEMPEN INFAQ RAMADAN
  5. UKPP TKRSM 2023 : KENAIKAN PANGKAT SARJAN
  6. PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADAN TAHUN 2024M/1445H
  7. PERTANDINGAN PIDATO & BERCERITA PIALA KETUA WANITA IKRAM (ZON SELATAN) 2024
  8. KEJOHANAN MERENTAS DESA SRIM KALI-2 2023
  9. YOUNG INNOVATOR FAIR NEGERI MELAKA
  10. 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐉𝐨𝐦 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐊𝐞 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡
  11. 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇
  12. ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK PERATUS 8A UPKK 2022
  13. MALAM BADAR SRIM 2023
  14. TAHNIAH KEPADA CALON UPKK 2022
  15. SEKOLAH MENENGAH I MUSLEH : PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2023
  16. PENGAMBILAN MURID BARU SESI 2023
  17. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPKK 2022
  18. 𝑩𝑨𝑹𝑰𝑺𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑾𝑨𝑺 𝑺𝑬𝑲𝑶𝑳𝑨𝑯 𝑺𝑬𝑺𝑰 𝟐𝟎𝟐𝟐
  19. PENCAPAIAN MSSM 2022
  20. 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮
  21. 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮
  22. KEPUTUSAN KELAS DAN TANDAS TERBERSIH BULAN OGOS
  23. TAZKIRAH RAMADAN 3 MINIT DARIPADA ANAK-ANAK SRIM
  24. TAKLIMAT IBU BAPA 2021
  25. KEMPEN BIAH SOLEHAH 2021 WARGA SRIM | PUASA SUNAT , UCAPKAN SALAM DAN UCAPKAN TERIMA KASIH
  26. SAMBUTAN HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA (HBIA)
  27. PERASMIAN NILAM 2021 PERINGKAT SEKOLAH RENDAH I-MUSLEH
  28. TAKWIM SEKOLAH JAN - JUN 2021
  29. JADUAL PDPR VERSI 2, 27 JANUARI HINGGA 9 FEBRUARI 2021
  30. PANDUAN TATACARA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)  SRIM TAHUN 1
  31. PROGRAM TRANSISI TAHUN 1SESI 2021
  32. SESI TAKLIMAT PDPR 2021
  33. PEMBELIAN BUKU DAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH SESI 2021
  34. INTERNATIONAL VISIT AND CROSS CULTURE, MALAYSIA- COMBODIA
  35. KEM KEPIMPINAN 2020
  36. KURSUS ASAS ORGANISASI MURID 2020
  37. KEM KEPIMPINAN SRIM 2019
  38. KARNIVAL SUKAN SRIM ANJURAN BERSAMA SRIM DAN PIBG
  39. LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI TERENGGANU BERSAMA TAHUN 6
  40. MENJELANG UPSR 2018
  41. MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2018
  42. SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SRIM 2018
  43. KEM SOLAT UNTUK MURID TAHUN 3 ANJURAN PANITIA DINIYYAH SRIM
  44. TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU UPSR

CEMERLANG UPKK 2023

Tahniah diucapkan kepada dua orang calon UPKK SRiM kerana telah dinobatkan sebagai murid cemerlang UPKK Negeri Melaka.

Semoga kejayaan ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid serta warga pendidik untuk terus maju di masa akan datang.

Alhamdulillah...

LAGI

KEPUTUSAN UPKK 2023

TAHNIAH & SYABAS

 

Bismillah wa Alhamdulillah…

Setinggi-tinggi syukur tahniah dan syabas atas keputusan cemerlang yang diperolehi dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2023….

 

Semoga keputusan cemerlang ini dapat menyuntik semangat kepada murid-murid serta warga pendidik untuk terus istiqamah dalam perjuangan menuntut dan menyampaikan ilmu kepada ummah sejagat…

 

Alhamdulillah…

LAGI

MALAM BADAR SRIM 1445H/2024

PIBG SRiM dan pihak Sekolah telah mengadakan program Malam Badar yang berlangsung di Dewan Citra Kasih Ayer Keroh pada Sabtu 30 Mac 2024.

Program tersebut telah dihadiri oleh warga PIBG SRiM, ibu bapa, murid-murid dan seluruh warga SRiM berserta keluarga.

Turut diundang tetamu khas iaitu YB Adam Adli dalam menyempurna program Malam Badar pada kali ini.

Program Malam Badar kali ini lebih diserikan lagi dengan persembahan alunan zikir dan nasyid yang dibawakan oleh Ustaz Munif Hijjaz.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Ajk PIBG dan warga SRiM dalam menjayakan program Malam Badar pada kali ini.

 

𝙆𝙚 𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙂𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙎𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙒𝙖 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙚𝙝

 
 
 
LAGI

KEMPEN INFAQ RAMADAN

Assalamualaikum w.b.t.


Sekolah Rendah i-Musleh (SRiM) beroperasi di premis sementara No.25-1,Jalan TU 49A, Kompleks Komersial Boulevard, 75450 Melaka. Visi SRiM adalah untuk membentuk generasi soleh wa Musleh dan menjadi sebuah institusi Pendidikan Islam yang unggul.
Hasrat SRiM adalah untuk beroperasi di premis yang kekal di atas sebidang tanah yang telah ada. Oleh itu, Malam Badar diadakan bertujuan untuk mengumpul sumbangan dana pembinaan, operasi, infaq sekolah disamping menjamu orang berbuka.
Tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun sekolah:

Bank Islam
*Edu Insaniah Sdn Bhd*
*04042010013306*
*Ref: Malam Badar 2024*
Atau klik pautan berikut:
https://bit.ly/MalamBadarIMM2024


Sumbangan tuan/puan amat dihargai. Semoga ALLAH memberkati rezeki dan melimpahkan rahmatNya kepada tuan/puan.
Jazakumullahukhoir 🤲

LAGI

PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADAN TAHUN 2024M/1445H

Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Guru Besar Interim Muallim Abdul Qayyum bin Yaakop diiringi Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid dan Tarbiah.

 

Tausiah pembukaan program Ihya Ramadan kali ini telah disampaikan oleh al fadhilah Muallimah Norhafizah Zakaria yang penuh intipati pengajaran yang mampu menyubur iman dan takwa di bulan Ramadan yang mulia ini.

 

Mudah-mudahan warga SRiM istiqamah dalam memperaktikkan ilmu yang telah dipelajari dan menjadi Qudwah Hasanah kepada masyarakat sekeliling.

 

“𝙺𝚎 𝙰𝚛𝚊𝚑 𝙿𝚎𝚖𝚋𝚎𝚗𝚝𝚞𝚔𝚊𝚗 𝙶𝚎𝚗𝚎𝚛𝚊𝚜𝚒 𝚂𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚆𝚊 𝙼𝚞𝚜𝚕𝚎𝚑”

 

#ikrammusleh #imuslehmelaka #solehwamusleh #sekolahrendahimusleh #srimawesome #ramadan1445h

LAGI

PERTANDINGAN PIDATO & BERCERITA PIALA KETUA WANITA IKRAM (ZON SELATAN) 2024

20 January 2024 / 8 Rejab 1445H
 
Wanita IKRAM telah berjaya menganjurkan pertandingan Pidato & Bercerita Piala Ketua Wanita zon Selatan bertempat di Pejabat IKRAM Melaka. Pertandingan ini diadakan untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah rangkaian Musleh iaitu SR As Saidiyah, SR Al Amin Nilai, SR i-Musleh Melaka, SRI Hidayah, Johor Bharu, SRI Hidayah Batu Pahat, SRI Hidayah Desaru, SMI Hidayah Johor Bharu, SM i-Musleh Melaka, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah dan SMI Al Amin Bestari Merlimau. Tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mewakili zon Selatan. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Bercerita Tahap 1 sekolah rendah, Pidato tahap 2 sekolah rendah dan pidato sekolah menengah.
 
Pertandingan dinilai oleh juri yang berpengalaman menjadi juri bercerita dan berpidato peringkat kebangasaan iaitu Pn Zalitha Mahmud (SK Bukit Rambai) sebagai ketua juri, Pn Rana Hamzah (Jabatan Pengajian Melayu) dan Pn Rodiah Amran (SK Arab Jaim Tun Razak). Ketua Wanita IKRAM Melaka, Dr Maimunah Fadhil telah menyempurnakan majlis penutup. Turut hadir ialah Ketua Wanita IKRAM Johor, Pn Sabariah Mansor dan Ketua Wanita IKRAM Negeri Sembilan, Pn Fatimah Binti Md Rasip.
 
Menurut Pengarah Program Zon Selatan, Pn Mashitah, pertandingan ini diadakan untuk memupuk minat pelajar dalam bidang pengucapan awam dan sekali gus mengetengahkan bakat generasi muda sebagai pelapis pemimpin yang akan datang. Selain itu, peserta berpeluang membina keyakinan dan seterusnya dapat membentuk keterampilan diri. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya membuat persembahan yang baik walaupun diberi masa persediaan yang singkat. Bukan mudah untuk melahirkan individu yang berani ke hadapan, bercakap dan mengutarakan pandangan.
Berikut adalah keputusan pertandingan Pidato & Bercerita Piala Ketua Wanita, Peringkat Zon Selatan.
 
Bercerita tahap 1
Johan: Arifah Hani Binti Nor Hisham - SRIH JB
Naib Johan: Aisyah Binti Julaibeeb - SRI As Saidiyyah
Ke 3 - Nur Ain Binti Fazri Efendi - SRi Musleh Melaka
Saguhati: SRIH Desaru, SRIH Batu Pahat dan SRI Al Amin Nilai
Pidato tahap 2
Johan: Amrah Juwairiyah Binti Omar - SRI As Saidiyyah
Naib Johan: Alysha Batrisyia Binti Shahrin - SRIH Batu Pahat
Ke 3 - Muhammad Zafran Bin Mohd Zarhamdy - SRIH JB
Saguhati: SRi Musleh Melaka dan SRI Al Amin Nilai
Pidato Sekolah Menengah
Johan: Afiq Harith Bin Anuar - SMIH JB
Naib Johan: Umar Harith Bin Nurul Wadi - SMiM Melaka
Ke 3: Irfan Hadi B Saiful Hadi - ALABEST
Saguhati: Maahad Tahfiz Saidiyyah N9
LAGI

SMIM : PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 2 SESI 2024

"Murid dalam kelas ramai sangat"
 
"Anak saya terpengaruh dgn budaya tak sihat di sekolah"
 
"Anak saya penat tukar sekolah sesi pagi dan petang"
 
"Saya cari sekolah yang ada suasana Islamik & pentingkan akademik"
 
Kami mendengar keluhan anda.
 
Pendaftaran kini dibuka untuk Tingkatan 1&2/2024.
🔹Kurikulum KPM & Diniyah dalam satu sesi
🔹Waktu persekolahan: 8.00-3.30 ptg
🔹30 tahun dalam pengurusan sekolah integrasi Ikram Musleh
🔹Warga sekolah yang ceria, penyayang dan rapat dgn pelajar
🔹Kelas berhawa dingin
🔹Yuran bulanan RM500
 
TEMPAT ADALAH TERHAD!
 
Info lanjut, sila layari: https://mylink.la/smim2023
Atau
LAGI

Image News