๐ TUJUH PEMAIN SRIIM FC BANTU TTU FC MUNCUL JUARA WANTEN CHALLENGE LEAGUE U13
Ahad, 27 September 2026 – Tahniah diucapkan kepada TTU FC atas kejayaan muncul sebagai Juara Wanten Challenge League U13 yang berlangsung di Drago Arena, Bukit Katil, Melaka.
Lebih membanggakan, seramai tujuh pemain SRIIM FC telah diberi peluang untuk menyertai TTU FC sebagai pemain jemputan daripada SRIIM FC bagi membantu pasukan dalam kejohanan berformat 11 sebelah dengan tempoh permainan selama 30 minit.
Antara pemain SRIIM FC yang terlibat ialah:
โฝ Afnan – Midfield
โฝ Abdullah Zubayr – Right Defend
โฝ Ahmad Ziyad – Midfield
โฝ Muhammad Fahim – Forward
โฝ Muhammad Ariq – GK / Midfield
โฝ Muhammad Zayyan – Last Man
โฝ Eimtiyaz – Forward
Penyertaan ini bukan sahaja memberikan pengalaman berharga kepada para pemain, malah menjadi ruang untuk mereka menguji kemampuan, meningkatkan keyakinan serta menimba pengalaman beraksi bersama pemain daripada pasukan lain dalam suasana pertandingan sebenar.
Syabas dan tahniah kepada semua pemain atas komitmen, disiplin, kerjasama dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk para pemain SRIIM FC terus berusaha, memperbaiki kemahiran dan berani mencabar diri ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah TTU FC atas kejayaan sebagai juara! Syabas buat tujuh pemain SRIIM FC yang telah membawa nama dan bakat SRIIM ke pentas pertandingan.
#SRIIM #WantenChallengeLeague