Makluman
  1. PELANCARAN STEMAZING WEEK 2.0 2026 CETUS MINAT MURID TERHADAP STEM
  2. MURID SRIIM WAKILI SEKOLAH DALAM KEJOHANAN MSSN PING PONG 2026
  3. SRIIM TAMPIL BERPRESTASI DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD DAERAH MELAKA TENGAH 2026
  4. VIDEO RANGKUMAN HARI KEMUNCAK KSTS 2026
  5. PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN TINGKATKAN KESEDIAAN WARGA SRIIM MENGHADAPI SITUASI KECEMASAN
  6. UCAPAN PENGHARGAAN KSTS 2026
  7. KSTS 2026: PENYAMPAIAN PINGAT MERAIKAN KEGIGIHAN DAN KEJAYAAN PARA ATLET
  8. KSTS 2026: SEMANGAT KESUKANAN DAN UKHUWAH WARNAI TEMASYA SUKAN SRIIM
  9. KSTS 2026: RUMAH KUNING DINOBATKAN JUARA KESELURUHAN, RUMAH HIJAU UNGGUL DALAM PERBARISAN
  10. KSTS 2026: MAJLIS PERASMIAN BERLANGSUNG MERIAH, TEMA “JELAJAH DUNIA, UKHUWAH DIJAGA” MENYATUKAN WARGA SRIIM
  11. KSTS 2026: SENTUHAN AKHIR PERBARISAN RUMAH SUKAN, GURU BERTUNGKUS-LUMUS MENJAYAKAN TEMA “JELAJAH DUNIA, UKHUWAH DIJAGA”
  12. KSTS 2026: SEMANGAT TIDAK LUNTUR, RAPTAI DITERUSKAN WALAU DIUJI HUJAN LEBAT
  13. COUNTDOWN KSTS 2026 | 1 HARI LAGI!
  14. KSTS 2026: RUMAH-RUMAH SUKAN BERENTAP HEBAT DALAM PERTANDINGAN INDOOR, MAJLIS PENUTUP MERAIKAN PARA JUARA
  15. VIDEO RANGKUMAN PERTANDINGAN INDOOR & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH INDOOR OUTDOOR
  16. KSTS 2026 – EDISI ISTIMEWA
  17. KSTS 2026: PERMAINAN INDOOR UJI MINDA, KEMAHIRAN DAN KETANGKASAN PESERTA
  18. COUNTDOWN KSTS 2026: 2 HARI LAGI!
  19. VIDEO PENDEK RANGKUMAN PERTANDINGAN BOLA JARING & FUTSAL
  20. KSTS 2026: RUMAH MERAH KUASAI PERTANDINGAN FUTSAL TAHAP 1 DAN TAHAP 3
  21. KSTS 2026: SEMANGAT BERPASUKAN BAWA RUMAH KUNING DAN RUMAH HIJAU KE PUNCAK KEJAYAAN
  22. KSTS 2026: RUMAH MERAH JUARA PERTANDINGAN FUTSAL TAHAP 2
  23. COUNTDOWN: 3 HARI LAGI KSTS 2026!
  24. KSTS 2026: RUMAH KUNING UNGGUL RANGKUL KEJUARAAN BOLA JARING TAHAP 2
  25. VIDEO PENDEK RANGKUMAN PERTANDINGAN MEMANAH, BOLA JARING & FUTSAL
  26. VIDEO PENDEK RANGKUMAN LATIHAN INDOOR, OUTDOOR
  27. KSTS 2026: PERTANDINGAN MEMANAH UJI KETEPATAN DAN FOKUS PESERTA
  28. KSTS 2026: KERJASAMA GURU WARNAI PERSIAPAN HADIAH DAN PADANG MENJELANG KEJOHANAN
  29. KSTS 2026: LATIHAN DIMULAKAN DENGAN BACAAN AL-MA’THURAT, SEMAI SEMANGAT KESUKANAN BERTERASKAN ROHANI
  30. KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SRIIM 2026
  31. KSTS 2026: PERSIAPAN ACARA OUTDOOR GIAT DILAKSANAKAN MENJELANG KEJOHANAN
  32. KSTS 2026: PERSIAPAN ACARA INDOOR DAN SUKANEKA KIAN RANCAK
  33. WARNA TEMA KSTS 2026 DILANCARKAN, SIMBOL SEMANGAT DAN UKHUWAH WARGA SRIIM
  34. PERJUMPAAN IBU BAPA DAN MENTOR PERKUKUH KERJASAMA DEMI KECEMERLANGAN MURID
  35. KSTS 2026: TEASER, COMING SOON
  36. COUNTDOWN KSTS SRIIM 2026 | 7 HARI LAGI!
  37. MURID SRIIM UKIR KEJAYAAN DI PERTANDINGAN STEMVOLUTION @ NYALAS 2026
  38. UCAPAN PENGHARGAAN BUAT WARGA PENDIDIK SRIIM
  39. VIDEO PENDEK RANGKUMAN SUKANTARA 2026
  40. LAGU RASMI KSTS KINI DILANCARKAN!
  41. PERJUMPAAN RUMAH SUKAN DAN LATIHAN ACARA PADANG KSTS 2026
  42. SUKANTARA 2026 MERIAHKAN SEMANGAT KESUKANAN MURID SRIIM
  43. PELANCARAN UNIT 4K DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECERIAAN KELAS BULAN MEI 2026
  44. WAKIL SRIIM RAIH TEMPAT KELAPAN DALAM PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA 2026
  45. PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM BULANAN (APRIL & MEI 2026)
  46. PENGHARGAAN BUAT MURID CONTOH SRIIM
  47. SUKANTARA SRIIM 2026 KEMBALI LAGI!
  48. SELAMAT HARI BAPA 2026
  49. BICARA ULUM SYARIAH: LAGU RUKUN IMAN
  50. UCAPAN HARI MURABBI 2026 DARIPADA MURID
  51. SRIIM PERKASA KEMAHIRAN DIGITAL WARGA PENDIDIK MELALUI SIRI BENGKEL TEKNOLOGI DAN KECERDASAN BUATAN
  52. DAURAH INSAN RABBANI SENTUH PERANAN PENDIDIK MEMBENTUK GENERASI UMMAH
  53. SALAM AWAL MUHARRAM 1448H
  54. ENGLISH X ULUM SYARIAH SHARING: TRUST (AMANAH IN SEEKING KNOWLEDGE)
  55. SRIIM TERIMA ANUGERAH SEKOLAH DIGITAL NEGERI MELAKA
  56. SRIIM RAIH KEJAYAAN CEMERLANG DI MALACCA YOUTH STEM INNOVATION CARNIVAL 2026
  57. AHMAD ZHAFRAN HARUMKAN NAMA SRIIM DALAM KEJOHANAN MEMANAH MODEN (RECURVE) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
  58. JOHAN ANUGERAH GURU BERWIBAWA SEKOLAH SWASTA PERINGKAT KEBANGSAAN
  59. SUDUT KECIL IMPIAN BESAR: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG S.U.D.I 2026
  60. PENYAMPAIAN PENGHARGAAN MERIT TERBAIK BULANAN APRIL & MEI 2026
  61. SRIIM MENYINAR DALAM PERTANDINGAN NEXSTEM X ISKANDAR 2026
  62. ENGLISH X SCIENCE: THE ADVANTAGE OF ANIMAL
  63. ENGLISH X ULUM SYARIAH: HIDDEN SADAQAH
  64. JOM KENALI PSS HARI INI DARIPADA WAKIL PENGAWAS PSS
  65. HARI MURABBI 2026: KALAU KAMU JADI GURU, APA PESANAN KAMU KEPADA MURID?
  66. MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH RENDAH I-MUSLEH 2024 BERLANGSUNG MERIAH DI MMU
  67. HARI SUKAN TAHUNAN SRIM 2024
  68. SYABAS & TAHNIAH ALUMNI SRIM BATCH 2018 ATAS PENCAPAIAN KEPUTUSAN SPM 2023
  69. CEMERLANG UPKK 2023
  70. MALAM BADAR SRIM 1445H/2024
  71. KEPUTUSAN UPKK 2023
  72. KEMPEN INFAQ RAMADAN
  73. UKPP TKRSM 2023 : KENAIKAN PANGKAT SARJAN
  74. PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADAN TAHUN 2024M/1445H
  75. PERTANDINGAN PIDATO & BERCERITA PIALA KETUA WANITA IKRAM (ZON SELATAN) 2024
  76. KEJOHANAN MERENTAS DESA SRIM KALI-2 2023
  77. YOUNG INNOVATOR FAIR NEGERI MELAKA
  78. 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐉𝐨𝐦 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐊𝐞 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡
  79. 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇
  80. ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK PERATUS 8A UPKK 2022
  81. MALAM BADAR SRIM 2023
  82. TAHNIAH KEPADA CALON UPKK 2022
  83. SEKOLAH MENENGAH I MUSLEH : PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2023
  84. PENGAMBILAN MURID BARU SESI 2023
  85. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPKK 2022
  86. 𝑩𝑨𝑹𝑰𝑺𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑾𝑨𝑺 𝑺𝑬𝑲𝑶𝑳𝑨𝑯 𝑺𝑬𝑺𝑰 𝟐𝟎𝟐𝟐
  87. PENCAPAIAN MSSM 2022
  88. 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮
  89. 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮
  90. KEPUTUSAN KELAS DAN TANDAS TERBERSIH BULAN OGOS
  91. TAZKIRAH RAMADAN 3 MINIT DARIPADA ANAK-ANAK SRIM
  92. TAKLIMAT IBU BAPA 2021
  93. KEMPEN BIAH SOLEHAH 2021 WARGA SRIM | PUASA SUNAT , UCAPKAN SALAM DAN UCAPKAN TERIMA KASIH
  94. SAMBUTAN HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA (HBIA)
  95. PERASMIAN NILAM 2021 PERINGKAT SEKOLAH RENDAH I-MUSLEH
  96. TAKWIM SEKOLAH JAN - JUN 2021
  97. JADUAL PDPR VERSI 2, 27 JANUARI HINGGA 9 FEBRUARI 2021
  98. PANDUAN TATACARA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)  SRIM TAHUN 1
  99. PROGRAM TRANSISI TAHUN 1SESI 2021
  100. SESI TAKLIMAT PDPR 2021
  101. PEMBELIAN BUKU DAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH SESI 2021
  102. INTERNATIONAL VISIT AND CROSS CULTURE, MALAYSIA- COMBODIA
  103. KEM KEPIMPINAN 2020
  104. KURSUS ASAS ORGANISASI MURID 2020
  105. KEM KEPIMPINAN SRIM 2019
  106. KARNIVAL SUKAN SRIM ANJURAN BERSAMA SRIM DAN PIBG
  107. LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI TERENGGANU BERSAMA TAHUN 6
  108. MENJELANG UPSR 2018
  109. MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2018
  110. SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SRIM 2018
  111. KEM SOLAT UNTUK MURID TAHUN 3 ANJURAN PANITIA DINIYYAH SRIM
  112. TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU UPSR
Image Banner

PELANCARAN STEMAZING WEEK 2.0 2026 CETUS MINAT MURID TERHADAP STEM

📌 PELANCARAN STEMAZING WEEK 2.0 2026 CETUS MINAT MURID TERHADAP STEM

 

Isnin, 13 Julai 2026 – Sekolah Rendah Islam I-Musleh (SRIIM) telah melancarkan STEMAZING Week 2.0 yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik sebagai usaha menyemarakkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pelbagai aktiviti yang kreatif, menyeronokkan dan berasaskan pembelajaran secara hands-on.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Muallim Abdul Qayyum Yaakob, Timbalan Guru Besar (TGB) SRIIM, sebagai tanda bermulanya penganjuran program yang berlangsung selama dua minggu.

Bertemakan “Little Hands, Big Ideas!”, STEMAZING Week 2.0 berlangsung mulai 13 hingga 24 Julai 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Bijak Sifir Bersama Che Man, Pertandingan Congak Math, Pertandingan Roket Air, Pertandingan Buizzer Math Quiz, Pertandingan Kapsul Pelindung Anti-Graviti, Explorace Ilmu, Pertandingan “Kotornya Air Ini”, Pertandingan Mencipta Bot Anti Karam, Pameran Sains, serta aktiviti Teka Berat & Bilangan Barang yang dijalankan sepanjang minggu.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah, malah menggalakkan mereka berfikir secara inovatif, bekerjasama dalam kumpulan dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Semoga STEMAZING Week 2.0 menjadi platform terbaik dalam melahirkan murid SRIIM yang berdaya saing, kreatif dan bersedia meneroka dunia STEM demi masa depan yang lebih cemerlang.

#SRIIM #STEMAZINGWeek2026 #LittleHandsBigIdeas #PanitiaSainsMatematik #PembelajaranBermakna 

 

LAGI

MURID SRIIM WAKILI SEKOLAH DALAM KEJOHANAN MSSN PING PONG 2026

📌 MURID SRIIM WAKILI SEKOLAH DALAM KEJOHANAN MSSN PING PONG 2026

 

Pada 6 Julai 2026, seramai empat orang murid Sekolah Rendah Islam I-Musleh (SRIIM) telah berjaya mewakili sekolah dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Ping Pong 2026. 

Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan atas bakat, komitmen dan kesungguhan murid dalam sukan ping pong di peringkat yang lebih tinggi.

Murid-murid yang mewakili SRIIM ialah:

 

  • Muhammad Talha Al-Fayyad bin Muhammad Muslim
  • Muhammad Sufi bin Mohd Farhan
  • Khawlah Azwar binti Khavier
  • Sarah Sofiyyah binti Muhammad Taqiuddin

 

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin yang cemerlang serta daya juang yang membanggakan dalam setiap perlawanan yang disertai.

Penyertaan murid-murid ini diiringi oleh Muallimah Halimatun Mardiana selaku guru pengiring yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan dorongan sepanjang kejohanan berlangsung.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua murid atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. 

Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah buat semua wakil SRIIM! Teruskan melakar kecemerlangan dalam bidang sukan seiring dengan kecemerlangan akademik dan sahsiah. 

#SRIIM #MSSN #PingPong

LAGI

SRIIM TAMPIL BERPRESTASI DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD DAERAH MELAKA TENGAH 2026

📌 SRIIM TAMPIL BERPRESTASI DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD DAERAH MELAKA TENGAH 2026

 

Pada 30 Jun 2026 yng lepas, seramai 15 orang murid Sekolah Rendah Islam I-Musleh (SRIIM) telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Peringkat Daerah Melaka Tengah yang berlangsung di Padang 10, Krubong.

Sepanjang kejohanan, pasukan SRIIM mempamerkan aksi yang membanggakan dengan mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas SK Paya Dalam, sebelum mengikat SK Peringgit dengan keputusan 0-0. 

Pasukan turut memberikan tentangan sengit dalam perlawanan terakhir, namun tewas tipis 0-1 kepada SK Taman Bukit Rambai.

Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang dipamerkan oleh para pemain wajar diberi pujian. 

Setiap perlawanan menjadi medan berharga untuk membina pengalaman, meningkatkan kemahiran serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Pasukan bola sepak SRIIM dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Encik Amir Sharifuddin, yang merupakan bekas pemain bola sepak negeri Perak dalam Liga Malaysia. 

Pengalaman dan kepakaran beliau menjadi sumber inspirasi serta membimbing para pemain agar sentiasa beraksi dengan penuh keyakinan, disiplin dan semangat berpasukan.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas komitmen serta usaha yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan. 

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, memperbaiki prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

#SRIIM #MSSD #BolaSepak

 

LAGI

VIDEO RANGKUMAN HARI KEMUNCAK KSTS 2026

Untuk menonton video penuh, sila klik link ini: https://vt.tiktok.com/ZSC73sTbg/


🎥 Saksikan Video Ringkas Rangkuman Hari Kemuncak KSTS 2026! 🏅✨

Mari imbas kembali detik-detik paling bermakna sepanjang Hari Kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SRIIM (KSTS) 2026 yang telah berlangsung pada 4 Julai 2026.

Terima kasih kepada semua murid, guru, ibu bapa, alumni, sukarelawan dan para penyokong yang telah bersama-sama menjayakan Hari Kemuncak KSTS 2026. 

Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan kecemerlangan ini terus mekar dalam diri setiap warga SRIIM.

🎬 Selamat menonton dan mengimbau kembali kenangan indah KSTS 2026! 🤍🩵💜🩷

#SRIIM #KSTS2026B #JelajahDuniaUkhuwahDijaga

LAGI

PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN TINGKATKAN KESEDIAAN WARGA SRIIM MENGHADAPI SITUASI KECEMASAN

📌 PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN TINGKATKAN KESEDIAAN WARGA SRIIM MENGHADAPI SITUASI KECEMASAN

 

Selasa, 7 Julai 2026 – Sekolah Rendah Islam I-Musleh (SRIIM) telah mengadakan Program Latihan Pencegahan Kebakaran secara ringkas yang dikendalikan oleh Unit Keselamatan sebagai usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan seluruh warga sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Program yang melibatkan semua murid, guru dan warga SRIIM ini bertujuan memberikan pendedahan awal mengenai aspek keselamatan di sekolah serta membudayakan amalan bertindak secara pantas, teratur dan berhemah apabila berhadapan dengan insiden yang tidak diingini.

Antara objektif utama program ini ialah memberi kesedaran tentang kepentingan keselamatan di sekolah, melatih warga SRIIM mengikut prosedur pemindahan ketika berlaku kecemasan serta meningkatkan kecekapan dalam menghadapi situasi seperti kebakaran dan bencana lain.

Walaupun dilaksanakan dalam tempoh yang singkat, latihan ini berjaya memberi peringatan kepada seluruh warga sekolah bahawa aspek keselamatan merupakan tanggungjawab bersama. 

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi memastikan warga SRIIM sentiasa bersedia, peka dan mampu bertindak dengan cekap demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.

#SRIIM #LatihanPencegahanKebakaran

LAGI

UCAPAN PENGHARGAAN KSTS 2026

🌟 UCAPAN PENGHARGAAN KSTS 2026 🌟

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana KSTS 2026, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SRIIM (KSTS) 2026.

Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, PIBG, ibu bapa dan penjaga, para penaja, petugas, sukarelawan, serta semua individu yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan. Penghargaan istimewa juga buat seluruh murid SRIIM yang telah mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

KSTS 2026 turut mencipta kelainan apabila buat pertama kalinya tampil dengan identiti warna tema yang diterapkan secara menyeluruh pada bahan-bahan hebahan rasmi sehingga kepada pemakaian baju rasmi barisan Jawatankuasa Pelaksana, sekaligus menyerlahkan imej kejohanan yang lebih tersusun dan profesional.

Segala kekurangan sepanjang penganjuran amat kami kesali dan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

Terima kasih atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan. 

Semoga kita bertemu lagi di KSTS yang akan datang! 🏆

#SRIIM #KSTS2026 #JelajahDuniaUkhuwahDijaga

LAGI

KSTS 2026: PENYAMPAIAN PINGAT MERAIKAN KEGIGIHAN DAN KEJAYAAN PARA ATLET

[IMBAS KEMBALI]

📌 KSTS 2026: PENYAMPAIAN PINGAT MERAIKAN KEGIGIHAN DAN KEJAYAAN PARA ATLET

 

Sabtu, 4 Julai 2026 – Majlis Penyampaian Pingat sempena Kejohanan Sukan Tahunan SRIIM (KSTS) 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang sebagai tanda penghargaan kepada para atlet yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan.

Pingat telah disampaikan kepada para pemenang bagi acara balapan yang merangkumi Larian Individu 80 meter, 100 meter dan 200 meter, selain acara lari berganti-ganti 8 × 50 meter (Tahap 1) serta 4 × 100 meter (Tahap 2) bagi kategori banin dan banat. 

Setiap penyampaian hadiah disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada warga sekolah, ibu bapa serta para penyokong yang hadir.

Turut diraikan ialah para pemenang acara sukaneka murid yang melibatkan Squeeze Sponge, Lari Dalam Guni, Lambung Bola Guna Kain dan Lumba Lari Ikat Kaki, yang berjaya menyerlahkan semangat kerjasama, ketangkasan serta keseronokan dalam kalangan peserta. 

Tidak ketinggalan, acara khas ibu bapa iaitu Terompah Gergasi bagi kategori bapa dan Masuk Straw Dalam Botol bagi kategori ibu turut menerima sambutan yang amat menggalakkan serta menceriakan suasana kejohanan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih serta kepada seluruh peserta yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kesukanan yang tinggi sepanjang KSTS 2026. 

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berdaya saing secara sihat dan mengharumkan nama SRIIM pada masa hadapan.

#SRIIM #KSTS2026 #JelajahDuniaUkhuwahDijaga

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News
Image News
Image Banner