[IMBAS KEMBALI]
📌 KSTS 2026: MAJLIS PERASMIAN BERLANGSUNG MERIAH, TEMA “JELAJAH DUNIA, UKHUWAH DIJAGA” MENYATUKAN WARGA SRIIM
Sabtu, 4 Julai 2026 – Kejohanan Sukan Tahunan SRIIM (KSTS) 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang menerusi majlis perasmian yang disempurnakan oleh Encik Mohd Dzulhalmi bin Hussin, Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Pembawa Bendera Rasmi KSTS, diikuti Jalur Gemilang, Bendera Negeri Melaka, serta perbarisan penuh bersemangat daripada lima buah rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru, Rumah Ungu dan Rumah Hijau.
Bertemakan “Jelajah Dunia, Ukhuwah Dijaga”, setiap rumah sukan tampil dengan persembahan perbarisan yang kreatif, unik dan penuh warna-warni.
Para peserta berjaya menghidupkan tema melalui kostum, prop dan gimik yang menggambarkan keunikan pelbagai negara di dunia, di samping menonjolkan semangat perpaduan, kerjasama dan ukhuwah yang menjadi teras kejohanan pada tahun ini.
Majlis perasmian turut menyaksikan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa yang hadir memberikan sokongan.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat dalam bidang sukan, malah mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk nilai disiplin, kepimpinan dan semangat berpasukan dalam kalangan warga SRIIM.
Pihak Sekolah Rendah Islam I-Musleh (SRIIM) turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Gangsa atas kesudian menjalin hubungan persahabatan serta memberikan kebenaran menggunakan padang sekolah bagi menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SRIIM (KSTS) 2026.
Jalinan kerjasama yang erat ini amat bermakna dalam memastikan kejohanan dapat berlangsung dengan lancar, selamat dan penuh bermakna.
Semoga semangat kesukanan, ukhuwah dan kerjasama yang terjalin menerusi KSTS 2026 akan terus mekar dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga SRIIM pada masa akan datang.
#SRIIM #KSTS2026 #JelajahDuniaUkhuwahDijaga










