https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SMIM005_1705981642.jpg

PERTANDINGAN PIDATO & BERCERITA PIALA KETUA WANITA IKRAM (ZON SELATAN) 2024

20 JANUARY 2024 / 8 REJAB 1445H
 
WANITA IKRAM TELAH BERJAYA MENGANJURKAN PERTANDINGAN PIDATO & BERCERITA PIALA KETUA WANITA ZON SELATAN BERTEMPAT DI PEJABAT IKRAM MELAKA. PERTANDINGAN INI DIADAKAN UNTUK PARA PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RANGKAIAN MUSLEH IAITU SR AS SAIDIYAH, SR AL AMIN NILAI, SR I-MUSLEH MELAKA, SRI HIDAYAH, JOHOR BHARU, SRI HIDAYAH BATU PAHAT, SRI HIDAYAH DESARU, SMI HIDAYAH JOHOR BHARU, SM I-MUSLEH MELAKA, MAAHAD TAHFIZ AS-SAIDIYYAH DAN SMI AL AMIN BESTARI MERLIMAU. TIGA NEGERI IAITU JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN MEWAKILI ZON SELATAN. SEBANYAK TIGA KATEGORI DIPERTANDINGKAN IAITU BERCERITA TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH, PIDATO TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH DAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH.
 
PERTANDINGAN DINILAI OLEH JURI YANG BERPENGALAMAN MENJADI JURI BERCERITA DAN BERPIDATO PERINGKAT KEBANGASAAN IAITU PN ZALITHA MAHMUD (SK BUKIT RAMBAI) SEBAGAI KETUA JURI, PN RANA HAMZAH (JABATAN PENGAJIAN MELAYU) DAN PN RODIAH AMRAN (SK ARAB JAIM TUN RAZAK). KETUA WANITA IKRAM MELAKA, DR MAIMUNAH FADHIL TELAH MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP. TURUT HADIR IALAH KETUA WANITA IKRAM JOHOR, PN SABARIAH MANSOR DAN KETUA WANITA IKRAM NEGERI SEMBILAN, PN FATIMAH BINTI MD RASIP.
 
MENURUT PENGARAH PROGRAM ZON SELATAN, PN MASHITAH, PERTANDINGAN INI DIADAKAN UNTUK MEMUPUK MINAT PELAJAR DALAM BIDANG PENGUCAPAN AWAM DAN SEKALI GUS MENGETENGAHKAN BAKAT GENERASI MUDA SEBAGAI PELAPIS PEMIMPIN YANG AKAN DATANG. SELAIN ITU, PESERTA BERPELUANG MEMBINA KEYAKINAN DAN SETERUSNYA DAPAT MEMBENTUK KETERAMPILAN DIRI. TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG BERJAYA MEMBUAT PERSEMBAHAN YANG BAIK WALAUPUN DIBERI MASA PERSEDIAAN YANG SINGKAT. BUKAN MUDAH UNTUK MELAHIRKAN INDIVIDU YANG BERANI KE HADAPAN, BERCAKAP DAN MENGUTARAKAN PANDANGAN.
BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PERTANDINGAN PIDATO & BERCERITA PIALA KETUA WANITA, PERINGKAT ZON SELATAN.
 
BERCERITA TAHAP 1
JOHAN: ARIFAH HANI BINTI NOR HISHAM - SRIH JB
NAIB JOHAN: AISYAH BINTI JULAIBEEB - SRI AS SAIDIYYAH
KE 3 - NUR AIN BINTI FAZRI EFENDI - SRI MUSLEH MELAKA
SAGUHATI: SRIH DESARU, SRIH BATU PAHAT DAN SRI AL AMIN NILAI
PIDATO TAHAP 2
JOHAN: AMRAH JUWAIRIYAH BINTI OMAR - SRI AS SAIDIYYAH
NAIB JOHAN: ALYSHA BATRISYIA BINTI SHAHRIN - SRIH BATU PAHAT
KE 3 - MUHAMMAD ZAFRAN BIN MOHD ZARHAMDY - SRIH JB
SAGUHATI: SRI MUSLEH MELAKA DAN SRI AL AMIN NILAI
PIDATO SEKOLAH MENENGAH
JOHAN: AFIQ HARITH BIN ANUAR - SMIH JB
NAIB JOHAN: UMAR HARITH BIN NURUL WADI - SMIM MELAKA
KE 3: IRFAN HADI B SAIFUL HADI - ALABEST
SAGUHATI: MAAHAD TAHFIZ SAIDIYYAH N9
LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SMIM005_1706690976.png

SMIM : PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 2 SESI 2024

"MURID DALAM KELAS RAMAI SANGAT"
 
"ANAK SAYA TERPENGARUH DGN BUDAYA TAK SIHAT DI SEKOLAH"
 
"ANAK SAYA PENAT TUKAR SEKOLAH SESI PAGI DAN PETANG"
 
"SAYA CARI SEKOLAH YANG ADA SUASANA ISLAMIK & PENTINGKAN AKADEMIK"
 
KAMI MENDENGAR KELUHAN ANDA.
 
PENDAFTARAN KINI DIBUKA UNTUK TINGKATAN 1&2/2024.
🔹KURIKULUM KPM & DINIYAH DALAM SATU SESI
🔹WAKTU PERSEKOLAHAN: 8.00-3.30 PTG
🔹30 TAHUN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH INTEGRASI IKRAM MUSLEH
🔹WARGA SEKOLAH YANG CERIA, PENYAYANG DAN RAPAT DGN PELAJAR
🔹KELAS BERHAWA DINGIN
🔹YURAN BULANAN RM500
 
TEMPAT ADALAH TERHAD!
 
INFO LANJUT, SILA LAYARI: HTTPS://MYLINK.LA/SMIM2023
ATAU
LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM019_1694657106.jpg

UKPP TKRSM 2023 : KENAIKAN PANGKAT SARJAN

BERMULA CUTI SEKOLAH 27 HINGGA 30 OGOS 2023 YANG LALU, SERAMAI 32 MURID SRIM TELAH DITEMANI 2 GURU PENGIRING KE KG BAHARU, SETIAWAN PERAK BAGI PENILAIAN UJIAN DAN KURSUS KENAIKAN PANGKAT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH. PIHAK SEKOLAH JUGA MENGHANTAR 3 GURU BAGI UJIAN KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA KRS.
TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU YANG BERUSAHA KERAS DAN SENTIASA BUAT YANG TERBAIK UNTUK KEJAYAAN KADET-KADET BAGI MENCAPAI KEJAYAAN.JUTAAN TERIMA KASIH JUGA ATAS SEGALA KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN IBUBAPA DALAM MEREALISASIKAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT INI UNTUK ANAK- ANAK SRIM.
 
#UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH I-MUSLEH
LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM019_1694656837.jpg

KEJOHANAN MERENTAS DESA SRIM KALI-2 2023

KEJOHANAN MERENTAS DESA SRIM KALI KE-2 TELAH DIADAKAN PADA 18 OGOS 2023 YANG LALU. PROGRAM TERSEBUT MELIBATKAN MURID-MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6. KAWASAN SEKITAR SEKOLAH MENJADI LALUAN LARIAN MERENTAS DESA PADA TAHUN INI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA POLIS TRAFIK AYER KEROH DAN MELAKA TENGAH KERANA TELAH BEKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM KALI INI.TERIMA KASIH JUGA KEPADA SUKARELAWAN SMIM YANG BANYAK MEMBANTU.
 
TAHNIAH🥇🥈🥉
SEMOGA MURID-MURID TERUS AKTIF , BERSEMANGAT DAN TERUS BERJAYA DALAM BIDANG SUKAN..
LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM019_1694656617.jpg

YOUNG INNOVATOR FAIR NEGERI MELAKA

ALHAMDULILLAH BAGI PERTANDINGAN YOUNG INNOVATOR FAIR PERINGKAT NEGERI MELAKA, SEKOLAH RENDAH I-MUSLEH TELAH BERJAYA MENDAPAT ANUGERAH PERAK.
 
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA :
AMNI INSYIRAH, UMMU HUMAIRAH, MUHAMMAD SCHUQRAN.
SEKALUNG PENGHARGAAN JUGA DIBERIKAN KEPADA:
ALIF HAKEEM, AMEER FARIS & ELMAN HARRAZ SEBAGAI WAKIL PEMBENTANG BAGI PROJEK INI.
SEGALA KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN KAMI DAHULUI JUTAAN TERIMA KASIH.
KELAB ROBOTIK & INOVASI
SEKOLAH RENDAH I-MUSLEH
LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM019_1689039533.jpg

𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐉𝐨𝐦 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐊𝐞 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA SEMUA, HARI INI UNIT HAL EHWAL MURID TELAH MELANCARKAN KEMPEN 'JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH' SEBELUM PUKUL 7.30PG.
UMUM MENGETAHUI WAKTU SESI PERSEKOLAHAN BERMULA 7.45PG. PIHAK SEKOLAH MENGHARAPKAN MURID-MURID DGN KERJASAMA IBUBAPA DAPAT HADIR KE SEKOLAH SEPERTI WAKTU YANG TELAH DITETAPKAN.
PIHAK SEKOLAH INGIN MENERAPKAN SALAH SATU DARIPADA CIRI-CIRI INSAN RABBANI IAITU HARITHUN ALA WAQTIHI (MENJAGA MASA) DIKALANGAN ANAK-ANAK DISAMPING DAPAT MENINGKATKAN DISIPLIN DIRI.
MOGA KEMPEN INI MENJADI TITIK PERMULAAN UNTUK MURID-MURID SENTIASA MENJAGA MASA.SEMASA KEMPEN,SETIAP MURID DIBEKALKAN DENGAN KAD UNTUK DICOP SEKIRANYA HADIR SBLUM 7.30PG. KEMPEN BERMULA ESOK 27 JUN HINGGA 27 JULAI 2023.
MURID YANG BERJAYA MEMENUHI RUANGAN COP DALAM KAD AKAN MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN, MATA MERIT TAMBAHAN & HADIAH. SEKIAN, HARAP MAKLUM
 
"KE ARAH PEMBENTUKAN GENERASI SOLEH WA MUSLEH"
 
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝
𝐒𝐑𝐢𝐌
LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM019_1689039304.jpg

𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇

PADA 24 JUN 2023 YANG LEPAS PIHAK SEKOLAH MELALUI UNIT 3K TELAH MENGANJURKAN PROGRAM GOTONG ROYONG KELAS BERSAMA IBU BAPA.
PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KELAS YANG BERSIH, CERIA DAN KONDUSIF. SELAIN ITU, PROGRAM INI JUGA DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA PIHAK SEKOLAH DAN IBU BAPA DISAMPING MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DIANTARA SEMUA PIHAK.
PIHAK SEKOLAH MELAHIRKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA IBUAPA YANG MENYUMBANG DARI SEGI TENAGA, IDEA DAN WANG RINGGIT BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI. MOGA ANAK-ANAK DAPAT BELAJAR DALAM KEADAAN KELAS YANG SELESA & SENTIASA KONSISTEN MENJAGA KEBERSIHAN KELAS. TERIMA KASIH..
 
𝐔𝐍𝐈𝐓 𝟑𝐊
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝
LAGI

Page 1 of 8