https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM030_1611415179jpeg

PANDUAN TATACARA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)  SRIM TAHUN 1

SEMASA TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN ( PKP ) , SESI PEMBELAJARAN MURID-MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 ADALAH SECARA ATAS TALIAN, IAITU SECARA PDPR.

IBU AYAH TAHUN 1, BOLEH RUJUK POSTER PDPR YANG DISERTAKAN TENTANG TATACARA PDPR SRIM.

UNTUK MAKLUMAN IBU BAPA YANG BARU DAN LAMA , SETIAP ANAK MEMPUNYAI EMEL RASMI SEKOLAH . DIHARAPKAN IBU BAPA MENYIMPAN KATA LALUAN EMEL TERSEBUT DENGAN BAIK SUPAYA SETIAP PAGI ANAK-ANAK DAPAT MASUK KE GOOGLE CLASSROOM UNTUK MENDAPATKAN BAHAN YANG TELAH DIKONGSIKAN OLEH GURU-GURU. 

SEMOGA KERJASAMA ANTARA PIHAK SEKOLAH DAN IBU BAPA SENTIASA BERJALAN DENGAN BAIK UNTUK MEMASTIKAN SETIAP ANAK-ANAK DAPAT PENDIDIKAN YANG PERLU MEREKA DAPAT DALAM APA JUA SUASANA.

SEGALA MAKLUMAN BERKAITAN JADUAL PDPR AKAN DIKONGSIKAN DIDALAM WHATSAPPS SETIAP KELAS. JIKA ADA IBU BAPA YANG BERTUKAR NOMBOR TELEFON ATAU MASIH TIDAK ADA DIDALAM GROUP TERSEBUT BOLEH MAKLUMKAN KEPADA GURU KELAS ANAK MASING-MASING.

SEKIAN.

 

#STAYATHOME

LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM030_1611414358.png

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1SESI 2021

ALHAMDULILLAH.
 
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 1 UNTUK SESI 2021 TELAH BERMULA SEMALAM, 20/1/2021. PROGRAM PERTAMA SEKOLAH IAITU PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 TELAH BERLANGSUNG SECARA DIATAS TALIAN.
ANAK-ANAK MENCIPTA MEMORI PERTAMA MEREKA BERSEKOLAH SECARA FORMAL DIATAS TALIAN, ITULAH ZAMAN MEREKA. RAMAI YANG BERBAJU SEKOLAH DAN DAPAT BERINTERAKSI DENGAN GURU-GURU DENGAN BAIK. TIADA YANG MENANGIS HARI PERTAMA NI 🙂, ALHAMDULILLAH.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA KEPADA IBU BAPA KERANA MEMBERI KERJASAMA YANG SANGAT BAIK KEPADA PIHAK SEKOLAH, SAMA-SAMA KITA MEMASTIKAN ANAK-ANAK TETAP MENDAPAT PENDIDIKAN WALAU APA JUA SUASANA.
INSHA ALLAH, JUMPA LAGI. KELAS PADA 21/1 HINGGA 26/1 IALAH DI GOOGLE CLASSROOM YA.
 
RAKAMAN VIDEO SEMPENA HARI PERTAMA PROGRAM TRANSISI BOLEH TONTON DI 
 
LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM030_1610773528.png

SESI TAKLIMAT PDPR 2021

ASSALAMUALAIKUM WRT.
TAKLIMAT PDPR 2021 KEPADA IBU BAPA/PENJAGA AKAN BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI IAITU :
 
TAHAP 1 ( TAHUN 2 DAN 3 ) : SABTU | 16/1/2021 | 9.30 PAGI
TAHAP 2 ( TAHUN 4,5 DAN 6 ) : SABTU | 16/1/2021 | 2.00 PETANG
TAHUN 1 : AHAD | 17/1/2021 | 9.30 PAGI.
 
ALHAMDULILLAH TAKLIMAT PAGI INI TELAH SELESAI. PERTEMUAN SECARA VIRTUAL INI SEBAGAI PERMULAAN KERJASAMA BARISAN PENTADBIRAN BARU SRIM 2021 DAN JUGA IBU BAPA. AGENDA UTAMA FOKUS KEPADA PDPR.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA KEPADA SEMUA IBU AYAH/PENJAGA YANG DIHORMATI. SEMOGA MATLAMAT BERSAMA UNTUK MEMBINA GENERASI SOLEH WA MUSLEH DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH SWT.
INSHA ALLAH JUMPA LAGI UNTUK TAKLIMAT PETANG INI DAN ESOK.
 
LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM030_1610601805.jpg

PEMBELIAN BUKU DAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH SESI 2021

ALHAMDULILLAH PADA 7 JANUARI 2021 HINGGA 9 JANUARI 2021 TELAH DIJALANKAN HARI PEMBELIAN BUKU DAN PAKAIAN SEKOLAH UNTUK SESI 2021 DENGAN BAIK. SETIAP YANG HADIR TELAH MEMATUHI SOP. 

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA KEPADA SEMUA IBU BAPA YANG TELAH SELESAIKAN PEMBELIAN. KEPADA YANG TIDAK DAPAT HADIR, PEMBELIAN MASIH DIBUKA NAMUN DIMINTA UNTUK HUBUNGI PIHAK SEKOLAH SUPAYA MASA YANG SESUAI DAPAT DIATUR.

SEMOGA KITA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DILINDUNGI.

#KITAJAGAKITA

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM019_1580884883jpeg

BULETIN SRIM JANUARI 2020

BULETIN SEKOLAH RENDAH I-MUSLEH AKAN DIKELUARKAN SETIAP BULAN OLEH UNIT MEDIA SRIM.TUJUAN BULETIN INI ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KEPADA MURID-MURID,GURU-GURU & IBUBAPA TENTANG AKTIVITI & PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK SEKOLAH SEPANJANG BULAN TERSEBUT. TERUSKAN SUPPORT, SUBCRIBE, SHARE & LIKE YOUTUBE CHANNEL MEDIA SRIM CH

VIDEO LANJUT SEPERTI DIBAWAH:

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM019_1580882372.jpg

INTERNATIONAL VISIT AND CROSS CULTURE, MALAYSIA- COMBODIA

ASSALAMUALAIKUM...
DENGAN RASA SYUKUR ATAS RAHMAT ALLAH SERTA KURNIAANNYA...

PIHAK SEKOLAH INGIN BERKONGSI BERSAMA KHABAR GEMBIRA IAITU AFIF ZUHAIRI MURID SRIM TAHUN 4 ADALAH SALAH SEORANG WAKIL GROUP TKRS METRA MEMANAH MUSLEH, DIIRINGI GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SRIM, MUALLIM AHMAD MARZUQI BIN OTHMAN KE KEMBOJA BAGI MISI " INTERNATIONAL VISIT AND CROSS CULTURE, MALAYSIA- COMBODIA" BERMULA 21 HINGGA 24 JANUARI 2020

DALAM PERJALANAN TERSEBUT, LAWATAN DARI PIHAK MUSLEH SEMPAT MEMBUAT ZIARAHI HORMAT KEPADA MUFTI KEMBOJA, DI MADRASAH AN- NIKMAH DAN JUGA DAPAT ZIARAH HORMAT YB NOS SLEH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN KEMBOJA.

SEMOGA DENGAN PERJALANAN MISI INI DAPATLAH ADIK AFIF ZUHAIRI BIN ZAINUL ARIFFIN MENAMBAHKAN LAGI ILMU DI DADA SERTA DAPAT MENINGKATKAN LAGI SKILL DAN KEMAHIRAN DALAM SUKAN SUNNAH MEMANAH INI...SEMOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN DAN SELAMAT PULANG KE TANAH AIR..

LAGI
https://my02.awfatech.com/imusleh/content/news/newsf1_SRIM019_1580882069.jpg

KEM KEPIMPINAN 2020

17 JANUARI 2020- ALHAMDULILLAH, TELAH BERLANGSUNG KEM KEPIMPINAN SRIM 2020 DENGAN JAYANYA. KEM INI TELAH BERLANGSUNG DI AGROFARM PARIT PERAWAS, JOHOR. SERAMAI 57 ORANG MURID YANG TERDIRI DARIPADA PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA/PENOLONG KELAS DAN PENGAWAS KOPERASI TELAH MENGHADIRI KEM PADA TAHUN INI. OBJEKTIF KEM INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MEMANTAPKAN KEYAKINAN DAN JIWA KEPIMPINAN DI DALAM DIRI MURID. KEDUA, MEMAHAMI DAN MEMATUHI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIJELASKAN PADA KAOM 2020. KETIGA, MENDEDAHKAN KEPADA MURID CARA PENGURUSAN YANG BETUL. KEEMPAT, PENGAWAS DAN KETUA KELAS DAPAT MEMIMPIN DENGAN PENUH YAKIN.

KEM INI BERLANGSUNG DARI JAM 2.30 PETANG 17 JANUARI 2020 HINGGA 4 PETANG 18 JANUARI 2020. TERDAPAT 7 MODUL YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK NUR INSANI CONSULTANCY. MODUL YANG TELAH DIJALANKAN ADALAH ICE BREAKING, DIAGNOSTIK KEKUATAN MENTAL; MUHASABAH DIRI, NIGHT WALK, QIAMULAIL, RIADAH ISLAMI, AKTIVITI LUAR (OBSTACLE & EXPLORACE) DAN “MENARA”

MENJADI HARAPAN SRIM AGAR SEMUA PESERTA YANG TERLIBAT PADA KEM INI DAPAT MENGAPLIKASIKAN SEBAIK MUNGKIN APA YANG TELAH DIPELAJARI SELAMA 2 HARI INI BAGI MEMBANTU KELANCARAN PARA PESERTA DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING DI SEKOLAH. PIHAK SRIM YAKIN, APA YANG PARA PELAJAR PEROLEHI SEPANJANG TEMPOH KEM INI SEDIKIT SEBANYAK JUGA AKAN MENJADI TITIK TOLAK KEPADA PERMULAAN MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG BUKAN SAHAJA SOLEH MALAH JUGA MUSLEH. KESIMPULANNYA, PIHAK SEKOLAH INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN KEM KEPIMPINAN 2020 INI TERUTAMANYA KEPADA PIHAK NUR INSANI CONSULTANCY DAN PIHAK GURU-GURU YANG TELAH BEKERJASAMA DAN BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN KEM INI BERJAYA DILAKSANAKAN. BULETIN INI DIAKHIRI DENGAN HADIS BERKENAAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN,

DARIPADA ABU DZAR R.A;

“SAYA BERKATA, ‘WAHAI RASULULLAH, MENGAPA TUAN TIDAK MENGANGKAT SAYA SEBAGAI PENJAWAT?’ BAGINDA MENEPUK BAHU SAYA, KEMUDIAN BERSABDA; ‘WAHAI ABU DZARR, SESUNGGUHNYA KAMU ADALAH SEORANG YANG LEMAH (DALAM PENGURUSAN), SEDANGKAN SESUNGGUHNYA IA (JAWATAN) MERUPAKAN SUATU AMANAH, DAN SESUNGGUHNYA IA ADALAH KEHINAAN DAN PENYESALAN PADA HARI KIAMAT, KECUALI BAGI SESIAPA YANG MEMANGKUNYA DENGAN BENAR DAN MENUNAIKAN KEWAJIPANNYA PADA JAWATAN TERSEBUT.” (HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM)

LAGI

Page 7 of 9